Ada sekumpulan rakan yang sangat akrab. Mereka terdiri daripada 8 orang pemuda yang gemar memburu dan memakan dagingnya. Pada suatu hari, mereka memperolehi seekor rusa dan ingin dibahagikan. Malangnya, hanya 7 orang daripada mereka yang ada pada masa tersebut. Mengenangkan seorang lagi yang tidak ada tersebut berpenyakit dan tidak boleh makan daging rusa, mereka membuat keputusan untuk memotong rusa tersebut hanya kepada 7 bahagian sahaja. Selepas bahagian2 potongan tersebut diagihkan barulah salah seorang daripada 7 orang tersebut berjumpa dan memberitahu rakan yang kelapan bahawa mereka telah memotong rusa tersebut hanya kepada 7 bahagian sahaja kerana rakan kelapan mempunyai penyakit & tidak boleh makan daging rusa.
Rakan kelapan tersebut sangat berkecil hati namun pergi tanpa mengucapkan sepatah kata. Di dalam hatinya berkata, "aku mungkin berpenyakit dan tidak boleh makan dagingnya namun aku berhak untuk memilikinya, barangkali untuk keluargaku. Jika sebelum mereka memotong daging tersebut dan berbincang denganku, mungkin keputusannya tetap sama iaitu daging tersebut dipotong kpd 7 bahagian juga kerana aku tidak boleh memakannya. Tetapi, itu adalah hak ku untuk mengetahui perbincangannya, jika bukan sebagai pembuat keputusan seperti kalian, anggaplah aku sebagai rakan sepermainan. Jika hanya diberitahu selepas sebuah keputusan dibuat, tidak ada apa-apa lg yang boleh dibincangkan dan sudah pasti jawapannya tidak atau tidak mengapa. Lebih baik aku terus tidak diberitahu".
- m/s 6. Novel "Aku, Engkau dan Kita bukan hanya satu organisasi, kiita adalah Rakan.
Jika aku bukan sebaris dengan mu, anggaplah aku rakanmu.
No comments:
Post a Comment