APAKAH ITU CINTA ?
Acap kali kita dihembus dengan ungkapan “Aku cinta kamu, sayang”. Seringkali kita dengar “Aku cintakan ibu bapaku”. Apa itu cinta ? Takrifan cinta begitu luas. Cinta adalah fitrah buat manusia. Cinta juga adalah satu kurniaan dari Allah S.W.T manusia. Kerana cinta itu begitu indah dan ia sukar dilafazkan dengan kata-kata, banyak kesimpulan yang dibuat berkaitan apakah yang di namakan cinta.
Cinta itu suatu perasaan yang halus wujud di
dalam jiwa manusia. Rasa cinta sedia wujud di
dalam jiwa kita sejak dilahirkan ke dunia yang indah ini. Manusia akan melalui
tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa
kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka mereka
akan cinta kepada Tuhan.
Cinta manusia tidak
bersifat kekal. Ini kerana hati manusia sering berbolak-balik. Sungguh bertuah
jika seseorang manusia menemui cinta sejati. Tiada yang lebih hakiki daripada
cinta kepada Allah S.W.T. Allah Yang Maha Besar, pencipta terbaik alam ini. Dia
yang menciptakan langit dan bumi dengan penuh rasa kecintaan-Nya.
No comments:
Post a Comment