20130530

# kelas part 2

Kemahiran lain yang dapat memberi nilai tambah dalam usaha anda mempersiapkan diri memasuki alam kerjaya.

Sebagai pelajar universiti yang akan menempat diri di dunia pekerjaan kelak, mahasiswa perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran insaniah supaya berdaya saing untuk merebuti peluang pekerjaan yang semakin tenat dari semasa ke semasa. Mahasiswa yang mempunyai kemahiran insaniah akan menambah nilai diri graduan dan kebolehpasaran mereka kelak.

Kemahiran insaniah merupakan kemahiran generik yang merentasi pelbagai domain pembelajaran merangkumi aspek keperibadian dan kerja berkumpulan. kemahiran insaniah mencakupi beberapa aspek iaitu kualiti peribadi yang merangkumi erti tanggungjawab, kepercayaan diri, kemampuan berinteraksi, pengendalian diri, integriti dan kejujuran.

Kemahiran ini juga melibatkan keterampilan interpersonal, misalnya bergaul secara anggota masyarakat, berkongsi pengetahuan dengan orang lain, melayani pelanggan, daya kepimpinan, kemampuan berhadapan serta keupayaan untuk bekerja dalam pelbagai situasi.


Seorang mahasiswa yang dididik dengan kemahiran insaniah yang menyeluruh bakal memimpin masyarakat dengan karisma dan kredibiliti yang tersendiri. Justeru, menyedari kepentingan kemahiran ini, pelajar di institusi pengajian tinggi harus menguasai kemahiran tersebut dan pelajarinya sejak di universiti. 


No comments:

Post a Comment