Kenal pasti suatu budaya bangsa lain yang boleh anda pelajari dan amalkan dalam hidup anda.
Budaya adalah cara hidup dan kepercayaan sesebuah masyarakat. Setiap masyarakat mempunyai kebudayaan masing-masing. Ia amat penting kerana itu adalah sumber gaya hidup kita. Budaya bangsa luar yang amat saya kagumi adalah budaya masyarakat Jepun.

Umum
mengetahui tentang etika dan kualiti yang dimiliki oleh masyarakat Jepun.
Walaupun mereka tidak beragama Islam, tetapi sifat terpuji yang dimiliki mereka
seolah-seolah menggambarkan golongan Islam pada zaman dahulu yang mendahului
bangsa-bangsa lain di dalam kepelbagaian ilmu.
Sikap
si Jepun yang menepati masa sangat dikagumi dunia. Ini merupakan satu sifat
yang sinonim dengan mereka sejak nenek moyang mereka lagi. Bahkan,masyarakat
Jepun juga mementingkan sifat dan budaya jujur dalam kehidupan mereka. Oleh
sebab itu, kita jarang mendengar kes-kes kecurian berlaku di negara tersebut.
Mereka juga terlalu menekankan kebersihan dalam kehidupan. Amat berbeza sekali
jika hendak dibandingkan dengan negara kita.
Budaya
terpuji mereka patut dilihat sebagai panduan oleh semua masyarakat kita sendiri
untuk memacu negara ke arah positif.
#kelas A. Samad Said (pon bolehhh)
entri ni, lecturer kelas Penulisan suruh tulis. so, marilah kita
menulis setelah 5 tahun lamanya tidak membuat karangan.
No comments:
Post a Comment